Posted by : ANIS FARHANA Sunday, 16 March 2014

- Susunan Frasa Adjektif Dalam Ayat -
Peluasan Dengan Kata Sendi Nama


Frasa adjektif juga dapat diperluaskan dengan frasa sendi nama di sebelah kanan. Tugan frasa sendi nama ialah ini ialah sebagai keterangan, iaitu berada dalam bahagian keterangan ayat.
Contohnya :

            # Malaysia kaya akan keindahan pantai.

            # Dia tidak sombong dengan saya.

            # Harga minyak mahal dari dulu.
 
Frasa adjektif tidak boleh diperluaskan dengan frasa nama. Oleh itu, bentuk frasa adjektif yang berikut adalah tidak gramatis.
Contohnya :
            # a) adik suka gula-gula.

               b) adik suka akan gula-gula.

            # a) saya percaya orang itu

               b) saya percaya akan orang itu.


Walau bagaimanapun, frasa sendi tidak diperlukan apabila kata adjektif memperolehi kata nama seperti pelengkap. Hal ini dapat dilihat dalam ungkapan atau peribahasa seperti panjang tangan, gelap mata, rendah hati, dan pendek akal.  


- Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen -


Frasa adjektif sebagai pelengkap dapat diperluaskan dengan klausa komplemen  bagi membentuk ayat majmuk komplemen. Dalam hal  ini, kata sendi tidak diperlukan  apabila frasa adjektif diperluaskan dengan klausa sebagai pelengkap.
 Contohnya :

               a- Saya yakin akan Ali tidak bersalah

               b- Saya yakin Ali tidak bersalah
               c- Saya yakin bahawa Ali tidak bersalah

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 BMM3110 SINTAKSIS - FARHANA - Powered by Blogger - ReDesigned by FARHANA -