Posted by : ANIS FARHANA Sunday 16 March 2014


                     - Peraturan D-M -  
D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan kedua. Contohnya:

Frasa Nama
Diterangkan (D)
Menerangkan (M)
kelapa
sawit
orang
perempuan
baju
kemeja
guru
bahasa
serbuk
kopi
lampu
gas
pam
tayar

Mengikut peraturan ini, penggunaan susunan unsur-unsur frasa nama yang bertentangan dengan peraturan D-M adalah salah dan tidak dapat diterima.



               - Kekecualian Hukum D-M -
Kekecualian peraturan D-M iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Contohnya:   

Frasa Nama
Penerang (M)
Yang Diterangkan (D)
Perdana
Menteri
Naib
Yang Dipertua
Timbalan
Menteri
Pembantu
Penyelidik
Ibu
Pejabat




               - Bilangan dan Panggilan -
Apabila unsur penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, maka penerang demikian boleh juga mendahului inti, iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama. Contohnya:

(i) Bilangan


Frasa Nama
Bilangan
Penjodoh Bilangan
Inti
Ketiga-tiga
helai
baju
Beberapa
ekor
kambing
Dua
orang
guru
Sekawan
-
burung

(ii) Nama panggilan dan gelaran  


Tun
Abdul Razak
Si
Belang
Datuk
Menteri
Kak
Siti
Engku
Juriah





   
 


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 BMM3110 SINTAKSIS - FARHANA - Powered by Blogger - ReDesigned by FARHANA -