Posted by : ANIS FARHANA Tuesday 11 February 2014

- Definisi Sintaksis -

 Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Sesuatu ayat terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa. Hal ini bermakna, sintaksis dapat juga diertikan sebagai bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.Ia melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.

Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat. 

- Struktur Binaan Ayat -

 Pembentukan ayat dalam bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dikenali sebagai konstituent.

Ayat di bawah, misalnya, ialah satu binaan yang mengandungi dua unsur iaitu 2 dan 3:

1. saya sakit
2. saya
3. sakit

Dalam contoh ayat binaan 1, terdapat hanya dua perkataan, iaitu saya dan sakit. Jika diteliti secara mendalam, sebenarnya ayat dalam Bahasa Melayu lebih panjang dan kompleks dan dapat dianalisis sebagai terdiri daripada unsur klausa, yang terkandung di dalamnya beberapa unsur frasa dan tidak hanya perkataan. Frasa yang terdapat dalam sesuatu ayat itu pun mempunyai unsur-unsur tersendiri daripada unsur frasa yang lebih kecil, dan setiap satu unsur frasa itu pula mempunyai unsur perkataan.

- Pembahagian Subjek dan Prediket - 

Apabila kita membina ayat, kita membentuk dua kelompok perkataan. Kelompok pertama menyatakan sesuatu hal. Hal ini terdiri daripada nama orang, benda, tempat atau perkara. Kelompok kedua pula menceritakan tentang hal itu. Ia menceritakan mengenai nama, orang, benda, tempat atau perkara tadi. Bahagian yang menjadi hal dipanggil subjek dan bahagian yang menjadi perihal dipanggil predikat.

Subjek merupakan konstituent ayat dan terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan. Unsur subjek bersifat frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

Predikat pula adalah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Contoh:

Subjek



Prediket
       Azman

       Anak Pak Daud

      Petani itu
kerani sementara di sekolah itu.

menjawat jawatan guru.

membajak sawahnya setiap hari.
 



- Ayat Dasar dan Ayat Terbitan - 

 Ayat dasar adalah ayat tunggal. Ayat tunggal terbentuk daripada satu subjek dan satu predikat. Contoh ayat :



Subjek



Prediket
Ali (Frasa nama)

Adikku (Frasa nama)

Pegawai itu (Frasa nama)

Rumahnya (Frasa nama)

guru (Frasa nama)

sedang tidur (Frasa kerja)

amat rajin (Frasa adjektif)

di Kuala Lumpur (Frasa sendi nama)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 BMM3110 SINTAKSIS - FARHANA - Powered by Blogger - ReDesigned by FARHANA -