Posted by : ANIS FARHANA Sunday 16 March 2014


- Konstituen Frasa Nama -

Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah frasa nama. 

Ada pendapat yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsue itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama. Contohnya:
Senaman menyihatkan badan. 

Kata nama senaman sebagai pengisi frasa nama boleh diganti oleh kata kerja bersenam. Contohnya:
                                  Bersenam menyihatkan badan.


- Binaan Frasa Nama -
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika terbentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu.

a) Jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu. Contoh ayat:


Frasa Nama Subjek
Prediket
Inti
Penerang
    a)  Polis
Diraja Malaysia
berbaris di padang
    b) Guru
sekolah agama itu
sangat baik

 b) Jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya. Contoh ayat:


Frasa Nama Subjek
Prediket
Inti
Inti
    a)  pinggan
mangkuk
tersusun dengan rapi di atas para.
    b) Ibu
bapa
tidak perlu hadir ke sekolah.
    c)  Suami
isteri
hendaklah saling bertolak ansur.

Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang 

Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut:
a) Inti + penerang nama
b) Inti + penerang bukan nama

a) INTI + PENERANG KATA NAMA

INTI + PENERANG NAMA KETURUNAN

01. askar British
02. bangsa India
03. bahasa Melayu
04. masyarakat Iban
05. kaum Penan
06. keturunan Cina
07. pelajar Afrika

INTI + PENERANG NAMA JENIS

01. harimau bintang
02. kelapa sawit
03. pokok getah
04. air limau
05. baju kemeja
06. kerusi rotan
07. beg kulit

INTI + PENERANG NAMA PENYAMBUT

01. penyendal pintu
02. penjaga stor
03. pam air
04. gunting kain
05. pemandu teksi
06. pelayan tetamu
07. pengurus syarikat

INTI + PENERANG NAMA KEGUNAAN

01. alat pemadam
02. sabun pencuci
03. kayu pengukur
04. kayu pembaris
05. batu penanda
06. batu pengasah
07. minyak pelincir

INTI + PENERANG NAMA KELAMIN

01. ayam jantan
02. lembu betina
03. orang lelaki
04. kaum perempuan
05. budak lelaki
06. anak perempuan
07. anak lelaki

INTI + PENERANG NAMA TEMPAT

01. penduduk bandar
02. anak Sarawak
03. orang tempatan
04. Melayu Pulau Pinang
05. kawasan luar bandar
06. guru pedalaman
07. pinggir kota

INTI + PENERANG NAMA ARAH

01. kawasan barat
02. wilayah selatan
03. angin timur
04. jalan tengah
05. simpang kanan
06. ruang dalam
07. kulit luar

INTI + PENERANG NAMA ANGGOTA BADAN

01. jam tangan
02. gelang kaki
03. tudung kepala
04. tali pinggang
05. kepala lutut
06. batang hidung
07. barah kulit

INTI + PENERANG NAMATENAGA PENGERAK


01. kereta motor
02. perahu layar
03. kapal api
04. mesin kaki
05. perahu galah

INTI + PENERANG NAMA HAL ATAU PERKARA

01. lesen perniagaan
02. surat kebenaran
03. borang pendaftaran
04. hari perayaan
05. garis permulaan
06. majlis perasmian
07. bilik persidangan

INTI + PENERANG NAMA MILIK

01. rumah saya
02. pekerjaan mereka
03. bumbung sekolah
04. kemajuan Malaysia
05. keluaran Jepun
06. roti canai Kapit
07. mata harimau

INTI + PENERANG NAMA KHAS

01. bandar Sibu
02. kampung Sungai Cinta
03. planet Pluto
04. negeri Kelantan
05. sungai Pahang
06. Gunung Kinabalu
07. Teluk Siam

INTI + PENERANG NAMA PANGGILAN ATAU GELARAN

01. Haji Zulkarnain Mustakim
02. Yang Arif Hakim Phildawa Al-Ibani
03. Si Belang
04. Nik Ramzi
05. Y.B Senator Haikal Fahmy
06. Sang Kancil
07. Tan Sri Phili

INTI + PENERANG BUKAN NAMA

Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama, iaitu:
a) INTI + PENERANG PENENTU
Penerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti. Ada dua golongan penerang penentu kata nama iaitu:
(i)Penentu hadapan
Penentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya:
enam jam          
lima ringgit  
                
(ii)Penentu belakang
Penentu belakang ialah unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata penentu itu dan ini. Contohnya:
rumah itu
gadis ini

 b) INTI + PENERANG KATA KERJA

Penerang kata kerja atau akar kerja umumnya menerangkan perlakuan kepada inti. Contohnya:


Frasa Nama
Inti
Penerang kata kerja
mesin
jahit
meja
makan
bilik
mandi

c) INTI + PENERANG KATA ADJEKTIF

Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. Contohnya:

Frasa Nama
Inti
Penerang kata adjektif
warna
biru
minyak
wangi
sekolah
rendah
 
d) INTI + PENERANG KATA ADVERB

Penerang kata adverb ialah unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama inti. Contohnya:


Frasa Nama
Inti
Penerang kata adverba
masa
serentak
hari
esok
hujan
begitu

e) INTI + PENERANG FRASA SENDI NAMA
Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asal dan matlamat. Contohnya:


Frasa Nama
Penerang Frasa Sendi Nama
Inti
Sendi Nama
Nama
lawatan
ke
Muzium Negara
kiriman
daripada
abang
kehidupan
pada
masa ini

f) INTI+ PENERANG BILANGAN ORDINAL
Penerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan. Unsur-unsur demikian hadir sesudah inti.Contohnya:


Frasa Nama
Inti
Penerang bilangan ordinal
tingkat
kedua
tempat
pertama
hari
keempat


Binaan Frasa Nama : Inti + Inti
Binaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai unsur penerang, kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh itu,binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang.

Ada dua golongan frasa nama dari jenis inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan:

a) Inti + inti dengan maksud sama erti
Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama demikian membawa makna sama erti, iaitu merupakan semacam ulangan.Contohnya:


Frasa Nama
Inti
Inti
tubuh
badan
wang
ringgit
ribut
taufan

b) Inti + inti dengan maksud lawan erti
Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini membawa makna yang berlawanan. Contohnya:


Frasa Nama
Inti
Inti
lelaki
perempuan
kerusi
meja
datuk
nenek















{ 1 comments... read them below or add one }

  1. Assalamualaikum admin blog. Saya mohon menggunakan nota ini sebagai rujukan ya.

    ReplyDelete

- Copyright © 2013 BMM3110 SINTAKSIS - FARHANA - Powered by Blogger - ReDesigned by FARHANA -