Posted by : ANIS FARHANA Saturday, 15 March 2014


- Urutan Kata -

Setiap bahasa mempunyai hukum atau rumus yang menjadi dasar kepada proses urutan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Terdapat beberapa bentuk urutan kata dalam membina ayat. Antaranya ialah:

i) subjek + kata kerja + objek.
Contoh ayat :  Ali       membaca   buku.
                 ( subjek + kata kerja + objek )


ii) subjek + objek + kata kerja
Contoh ayat : Bahasa Turki 
 Kamal   bavulu       acti
(subjek + objek + kata kerja)
Kamal beg baju buka
"Kamal membuka beg baju."

iii) kata kerja + objek + subjek
Contoh ayat : Bahasa Malagasi
   Nividy     ny vavy ny  vehivary
(kata kerja +   objek +     subjek)
beli itu beras itu perempuan
"Perempuan itu membeli beras"

iv) objek + kata kerja + subjek
Contoh ayat : Bahasa Hixkaryana
  Toto      yahosiye     kamara
(objek +  kata kerja +   subjek )
lelaki terkam dia jaguar
"Jaguar menerkam lelaki itu"

v) kata kerja + subjek + objek
Contoh ayat : Bahasa Arab
   kataba      Ahmadu  risala-tan
(Kata kerja +  subjek +    objek )
tulis Ahmad surat
"Ahmad telah menulis surat."

Walaubagaimanapun, urutan jenis (i) dan (ii) paling banyak digunakan. Sehingga kini masih belum terdapat bahasa yang mempunyai urutan kata objek + subjek + kata kerja.

- Perpindahan Ayat -
  
Kedudukan sesuatu atau kelompok perkataan berubah tempat dalam sesuatu binaan juga memperlihatkan ciri perbezaan. Bahasa Latin misalnya, mempunyai aturan kedudukan perkataan yang amat bebas. Dalam contoh ketiga-tiga ayat berikut, ia membawa pengertian yang sama, iaitu “Paul melihat Mary” walaupun mempunyai kata yang berbeza.

 a) Paulus Mariam vidit
     Paul Mary lihat
    “Paul melihat Mary”
 b) Paulus vidit Mariam
 c) Vidit Paulus Mariam.

Dalam hubungan ini, akhiran -us dan -am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Pengertian ayat tersebut tidak terjejas walau di manapun kedudukan kata kerjanya.

Sebaliknya dalam Bahasa Melayu, ayat “Paul melihat Mary” hanya boleh berubah menjadi “Melihat Mary, Paul” tanpa mengubah ertinya. Jika diubah menjadi “Mary melihat Paul” atau “Melihat Paul, Mary”, maka maksud ayat tersebut akan berubah. Ayat “Paul Mary melihat” tidak mgramatis dalam Bahasa Melayu.

- Ragam Ayat -
Ayat Aktif dan Ayat Pasif : 
  • Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai  maksud sama.
  • Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
  • Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
  • Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah. 


- Jenis Ayat -
  • Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
(a) ayat penyata;
(b) ayat tanya;
(c) ayat perintah;
(d) ayat seruan.
  • Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:

(a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
Contohnya:
i. Kakak sedang menyiram bunga.
ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi longkang.

(b) Ayat tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.

Contohnya :
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii.  Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

(c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b. Ayat Permintaan
c. Ayat Larangan
d. Ayat Silaan

 
Contohnya: 

a. Ayat Suruhan :- 
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
            Turunlah dari sini sekarang juga.
            Cuci kasut kamu. (suruhan)

b. Ayat Permintaan :- 

1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
             Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
             Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)

c. Ayat Larangan :- 

1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
            Usahlah menangis lagi.
            Jangan petik bungs itu.(Iarangan)

d. Ayat Silaan :- 

1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
             Jemputlah menikmati
             Datanglah ke rumah saya. (silaan)

(d) Ayat seruan
1. Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah,  

    hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
2. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i.  Amboi, cantiknya baju kamu!
ii. Aduh, sakitnya perut aku!
iii. Oh, dia sudah pergi ke sekolah ! 


- Sintaksis dan Aspek Tatabahasa yang Lain - 

Terdapat ciri-ciri lain yang harus diberikan perhatian dan pertimbangan dalam pembinaan ayat. Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidang sintaksis sebagai penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat termasuklah penanda kasus, kala dan unsur keserasian.Dalam Bahasa Melayu tidak terdapat penanda kasus sebagaimana yang berlaku pada Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Rusia dan Bahasa Turki.

Satu lagi penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam proses pembentukan ayat dalam beberapa bahasa ialah penanda kala, iaitu penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, sama ada akan, sedang, atau sudah berlaku.

Unsur keserasian juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam pembentukan ayat sesetengah bahasa. Dalam Bahasa Inggeris dan Arab, misalnya unsur keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting, oleh sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk tidak akan menjadi gramatis.



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 BMM3110 SINTAKSIS - FARHANA - Powered by Blogger - ReDesigned by FARHANA -