Posted by : ANIS FARHANA Sunday 16 March 2014



- Binaan Frasa Adjektif:Unsur Pengisi Frasa Adjektif -

 Inti frasa adjektif boleh terdiri daripada binaan satu  perkataan atau binaan dua perkataan. Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan boleh dalam bentuk kata tunggal.

Contohnya :
a)   kereta itu besar 
b)   buah rambutan itu banyak. 

Ia juga boleh manjadi kata terbitan.
Contohnya :
a)   perasaan Ali gementar 
b)   jam inilah termahal  

Ia juga boleh menjadi kata ganda.
Contohnya :
a)   buah langsat itu kecil-kecil 
b)   perangai pemuda itu kebudak-budakan.

Inti frasa adjektif yang berbentuk dua perkataan merupakan hasil penggabungan sinonim (keserasian makna).

Contohnya :
a)   askar itu gagah berani 
b)   gadis-gadis itu cantik jelita 
c)   dewan peperiksaan itu sunyi sepi

Bagi antonim  (berlawanan makna).
Contohnya :
a)   permukaan jalan itu tinggi rendah 
b)   kehidupan di rantau orang penuh pahit manis

Bagi unsur rima.
Contohnya :
a)   lelaki itu gemuk gempal
b)   tanah di kawasan itu kering kontang.

Gabungan dua kata adjektif seperti gagah berani, sunyi sepi, tinggi rendah, dan lemah gemalai yang terdiri daipada kata adjektif + kata adjektif. Binaan dua kata adjektif yang membawa makna antonim (berlawanan) seperti tinggi rendah, kecil besar dan pahit manis, kedua-duanya tidak boleh digugurkan. Akan tetapi, jika unsur adjektif yang kedua itu membawa makna keserasaian separti, gagah berani, cantik jelita dan sunyi sepi  dan unsur rima seperti gemuk gempal dan kering kontang, maka perkataan yang kedua boleh digugukan.

Selain itu, terdapat pula binaan dua perkataan dala frasa adjektif yang terdiri daripada gabungan kata adjektif + kata nama. Dari segi makna , binaan ini membawa maksud kiasan dan keserupaan. Contoh kiasan seperti, lelaki itu gila pangkat dan perempuan itu banyak mulut dan bagi keserupaan pula seperti, seluar bapa kuning langsat dan penganting itu malu-malu kucing.

Dalam binaan kata adjektif + kata nama yang membawa makna keserupaan kata seperti dapat diselitkan di antaranya. Misalnya, kuning seperti langsat, jinak seperti merpati, malu seperti kucing.  Namun bagi binaan frasa adjektif yang membawa maksud kiasan tidak boleh digugurkan salah satu perkataan tersebut.  Disamping itu juga , kata adjektif juga sering mengalami perulangan kata seperti contoh di atas dan contoh lain seperti suam-suam kuku, tua-tua keldai, hangat-hangat tahi ayam dan sebagainya.



                  - Peluasan Kata Adjektif -

Peluasan kata adjektif boleh dibahagi kepada beberapa peluasan iaitu seperti, kata penguat, kata bantu, frasa sendi nama, dan ayat komplemen.
 

  • Peluasan dengan kata penguat
Peluasan ini ialah kata adjektif menjadi inti frasa yang boleh dipeluaskan dengan kata penguat. Perkara ini berlaku kerana kata penguat merupakan penanda kata adjektif. Jika kata penguat hadir dalam binaan kata adjektif, kata penguat mesti hadir betul-betul sebelum atau selepas kata adjektif. Ada diantara kata penguat terletak dihadapan adjektif atau selepas kata adjektif dan juga ada pula terletak secara bebas.
Contohnya :
            # Baju Irwan paling putih         ( paling ialah penguat hadapan )       
            # Bangunan itu tinggi sekali     ( sekali ialah penguat belakang )
            # Kejadian itu sungguh ajaib    ( sungguh ialah penguat bebas )
 

  • Peluasan Dengan Kata Bantu
Peluasan ini ialah sebagai inti frasa, kata adjektif boleh diperluas dengan kata bantu sebelum kata adjektif tersbut. Selain itu, kata bantu seperti, sudah, masih, belum tentu, dan masih belum, boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.
Contohnya :
            # Lelaki itu sudah tua.
            # Budak itu masih nakal.
            # Berita itu belum tentu benar.
            # Kuih itu masih belum masak.

Ini boleh dilihat bahawa kata bantu berada di hadapan kata adjektif jika kata adjektif itu tidak didahului oleh penguat. Sekiranya penguat hadir, maka kata bantu berada sebelum kata penguat tersbut.
Contohnya :
            # Yusmarizal memang paling cantik
            # Ayanman tikat itu mesti amat teliti
            # Soalan latihan itu masih agak susah

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 BMM3110 SINTAKSIS - FARHANA - Powered by Blogger - ReDesigned by FARHANA -